Aku bosan sekarang ni. Kini waktu tidurku ialah tengah malam dan akan bangun sikit lagi sebelum tengahari. Pernah jua aku terbangun jam 1.30 petang. Itulah rekodku paling best.
Kini sepupuku dan kawan-kawanku dan sebagainya bagai sudah terasa bahangnya kedatangan 2009 yang bakal mendatang(apa yang sedang dirapukan aku ni) sehinggakan sepupuku telah meng'post'kan di dalam blognya tentang azam 2009 nya. Katanya bukan hangat-hangat tahi ayam kerana busuk, tapi apakah boleh dipercayai? Selama ini azamku hanya tinggal kata. Mungkin bukan kata mulut tapi kata hati. Tapi kata tinggal kata. Dapatkah aku, tidak, dapatkah kita mengekalkan azam yang telah/akan kita tekadkan untuk 2009? Mahu-mahunya aku yang malas ini. Tidak! Saidina Umar pernah berkata, seandainya malas itu seorang orang, sudah lama aku membunuhnya. Sungguh, malas itu penyakit yang berbahaya. Hindarilah kemalasan. Tapi, jiwa aku seolah-olah sudah sebati dengan kemalasan. Tidak! Itu amat bahaya. Apa yang harus aku lakukan? Ah, semoga kedatangan 2009 ini dapat kuubati kemalasanku. Tiada kejayaan tanpa usaha. Allah tidak mengubah nasib seseorang itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri. Ya. Tapi, eh, sudah lewat malam. Aku ingin tidurlah.
Selamat malam.
-Pujah
--Merapu yang merapik.

-Dan aku tidak mahu menjadi seperti kucing gemuk yang malas ini! Tidak!!
No comments:
Post a Comment