biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Sunday, January 25, 2009

Boycott!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Boycott! Nape boycott? Nape x girlcott? Mancott ke? Womancott?
Abaikan.

Oke, Malaysia dh stat kempen boikot Israel ngan geng2 yg sekutu dgnnye. Jadi! Apekah peranan kita? Boikot la weii! Susah jugak nk boikot. Btul x teman2. Mane xnye, NESTLE! Paling byk digune. Adik kwn aku pun asik nk minom Milo je(aku xde adik, jgn gelak, aku tampar kang). JOHNSON & JOHNSON. Aku gune Clean & Clear(anak buah J&J gak) la skarang. D: Tp dh beli nk buat macamane. Gune je la. Xkan nk buang. Lepas ni xyah beli dh. Kan kan kan. Banyak lg la. Kerja2 mengempen kempen boikot Israel giat dijalankan. TV, Sabasun, hatta skolah aku skalipun.



Syarikat2 yg sapot menyapot Israel :






Oleh itu marilah kita semua memboikot Israel ni. Fikirkan! Wang2 yang kita keluarkan untuk beli setakat pencuci muka dan cokelat tu disumbangkan kepada peluru2 dan bom2 yang membedil nyawa kanak2, wanita dan orang tua yang x bersalah? Baby2 tu x kenal erti perang lg. Beratus, beribu manusia terkorban!! Apalah salahnya kita boikot diorang tu. Setakat menahan diri daripada mengambil barangan boikot yang tersusun kat kedai2 tu, please la. Fikirkan saudara2 kita yang diseksa kejam di Palestin, di Iraq, di Gaza!

Cuba fikirkan mase nak ambik barang boikot tu. FIKIRKAN! Alang2 nak ambik eskrem Nestle tu, bayangkan kite sedap2 makan eskrem sementara duit yang kita bayar tu disalur untuk membeli bom dan senjata2 bagi memerangi umat Islam! Sanggupkah kita? Wang yang dibayar itu digunakan bagi membunuh dan menyeksa baby2 yang tidak bersalah! Disumbangkan kepada pembunuhan saudara-saudara seIslam kita sendiri!

Sampai hatikah korang terus-menerus tolong tengok je saudara2 seIslam kita kene bom mcm tu je? X kesian ke kat kanak2 yang x berdosa tu? Rela ke tengok diorang terus menderita? Kita kat sini sedap2 je lahap KFC.

SAMPAI HATIKAH KORANG?


Tolonglah, kita bukan kuat sgt pun nk perang dgn Israel, dgn Amerika, tp kalau ni la antara cara2 nk jatuhkan Israel, tolongla support. Sekurang2nye kita ikhtiar.




-Pujah
--Ayuk semua!

Friday, January 23, 2009

Takde Idea.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

A'ah. Tengah xde idea ni sbenanye. Saje je nk update blog. Biar xde isi pun. Oke.

Daa~.

-Pujah

Thursday, January 22, 2009

HILANG!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Henset! Henset aku hilang! AHH!!

-Pujah.

Saturday, January 10, 2009

Kiamat Sudah Dekat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Nampak title tu? Nampak? Kalau tak nampak tak lame la tu. Ye. Kiamat sudah dekat. Bukan aku nak promot criter Kiamat Sudah Dekat yang Sarah ngan Fandi tu, tapi kiamat yang sebenarnye. Memang betul2 dekat. Semalam aku tidur pukul 3 stengah(kat asrama), borak2 ngan Kak Shida ngan Adha. Mule2 tentang keceriaan bilik. Pastu berpanjangan. Kak Shida cerita pasal zaman sekarang. Kerosakan akhlak muda-mudi. Pemimpin ntah hape hape. Dan Islam sekarang ni sedang perlahan-lahan bangkit. Turki ke ape tak silap. Tengok, Malaysia pun dah kecoh nak boikot Israel ngan US. Islam dah mula bergerak. Itulah tanda-tanda kiamat. Ura-ura mengatakan dajjal dah kluar, atau mungkin diikat atau ape-ape la the rumor says. Fitnah akhir zaman, fitnah dajjal.

Sekarang ni nak tanya, dah cukup kuat ke kita ni? Dah cukup teguh ke akidah? Dah cukup ke amalan? Macamana. Dah ready nak mati dalam Islam? Saya sendiri pun x ready. Allah, kalau nak pesongkan akidah kita, kejap je tau. Tak sampai 1 saat pun. Jadi, sama2 lah kita berusaha merapatkan diri dengan Allah. Saya berdebar2 dengar Kak Shida cerita pasal kiamat yang dah sangat dekat ni. Mari lah kita sama2 mempertingkatkan amalan kita. Bukan amalan je, ilmu pun. Ilmu kene penuh di dada. "Al-ilmu fis-sudur, laisa fil-kutub," "Ilmu di dada, bukan di buku" ustaz saya slalu pesan masa tusyen bahase arab darjah 5 dulu.

Sebab ada cerita, setan ni dia nak goda 2 orang, sorang orang banyak beramal, sorang orang berilmu. Bila dia pegi kat orang banyak beramal ni, dia tanya soalan ape tah, pastu orang ni xbleh jawab. Pastu dia mula la ragu2. Ha, kan dah terpesong sikit tu. Pastu setan tu tanye pulak satu soalan ni kat orang berilmu ni. Pastu orang berilmu ni, dengan hujahnya mematahkan hujah setan tu. Sekarang kan dah jelas, kenapa kita perlu berilmu instead of beramal saja. Dapat memperkukuh akidah kita.

Ada doa untuk mengukuhkan akidah kita.

"Ya muqallibal quluub, tsabbit quluubana 'ala diinik wa'ala tha'atik"

Doa ni bace la dalam doa lepas smayang tu. Sebelum 'rabbana aatina' tu. Insya Allah kukuh. Tapi doa je x guna, kene la usaha. Fikirkan tentang penciptaan alam. Indahnya, besarnya galaksi, kecilnya zarah2 atom. X ke x logik kalau sumer tu terjadi sendiri? Ya Allah, Subhanallah, Maha Suci Allah. Kerdilnya terasa diri ini.

Akhir kalam, bangunlah wahai Muslimin Muslimat sekalian. Bangkitlah. Jangan biarkan lagi kita ditipu dengan tipu helah Barat. Mereka amat licik, sanggup menggunakan apa saja demi menghancurkan Islam. Tapi sekarang kita bleh tengok, Islam tengah bangkit perlahan2. Bersama2. Dalam satu Aqidah. Dalam satu Agama.

"Walijamii'il muslimiina wal muslimat, wal mujahidina wal mujahidat, was sadiqiina was sadiqaat, al ahyaai min hum wal amwal. Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah waqina 'azaaban nar, waqina 'azabal qubur, waqina 'azabal mahsyar."

Sekian, Wassalam.
--Bangunlah Islam!

Friday, January 2, 2009

Jadahnye!

Assalamualaikum.

Aduh. Ape jadah. Petang2 nak dekat malam baru call, baru sms.

"Pujah, wajib semua F1 pengawas pegi skolah 2 Jan. Hari ni la. Kene urus pendaftaran esok."



Nampak? Korang nampak tu?

Aduh. Panik aku kejap. Nasib baik rasional lagi. Dah la belom kemas. Baru je basuh baju(ha ha). Oh please lah, kenape nak dekat Maghrib baru you bagitau I? I ni dah la demam. Ye. Aku demam. Kesian kan? Okela abaikan. Jadi aku ambik keputusan nak bertolak esok pagi. Malam ni kene siap2 sumer. Jadi kepada warga SMAASZA yang bakal bertolak esok petang tu hargailah masa anda berada di rumah yang tinggal beberapa jam lagi ni ye?

Sedihnye kene korbankan jam-jam yang berharga bersama family(dan komputer).


Isk.
Sekian terima kasih.

NOTA KAKI:
SELIPAR MERAH TERSAYANG ASADI SAYA(yang saya beli kat Mydin tu bersama rakan2) DAN SANDAL SAYA KENE BUANG DENGAN MAKCIK CLEANER ASRAMA! NOOOOOOOOOOO!!!


-tertinggal kat asrama hari nak balik tu.

Isk.
Sekian bebelanku.

-Pujah
--Selipar merahku..


Asrama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ah. Lusa sekolah. Bosannye. Esok petang dah nak balik asrama. *mood bosan



No, really. Tak sangke ade jugak orang yang excited nak bukak skolah(aku pun excited jugak kadang2). Tapi, ni la kali pertama aku bercuti dengan minimum kebosanan. Kalau sebelum ni asyik rant rant rant je. Memekak tiap2 hari tentang bosannye cuti. Sebab duk asrama kot. Ha ha ha. Bile duk asrama, mula la terasa kenikmatan berada di rumah sendiri. Kalau dulu terlepek atas sofa tengok tv yang entah ape-ape programnye, menanti hari demi hari. Tapi sekarang macam tak sangke je sebulan setengah dah berlalu. Ah sayangnya.

Hari ni aku harus berkemas. Esok petang dah nak pergi. Kenapa kemas awal-awal? Ha ha. Soalan biasa. Sebagai persediaan lah. Waktu ku tidak tidur selepas subuh boleh dibilang dengan jari. Tapi kalau aku start tido lepas subuh mula lah nak sambung2.



Contohnya:

Rutin harian pagi cutiku
:

*bangun*
*tengok jam : 6:15-6:30 macam tu la*
*masuk bilik air amik air semayang*
*solat Subuh*
*landing balik*
*tido*
*bangun*
*tengok jam : 8:00*
*ngantuk lagi, tido balik*
*bangun*
*tengok jam : 10:00*
*ngantuk lagi, tido balik*
*bangun*
*tengok jam : 12.30*
*dah x terasa nak tido*
*golek2 lama2*
*1:00 bangun, mandi, etc etc*

Jadi korang boleh simpulkan di sini. Apa akan terjadi kalau esok aku x kemas lagi barang2 and then dah pukul 11 ke pukul 1 ke pukul brape ke(ala yang lewat2 ye la tu). Jadi sebagai langkah awal aku kenelah kemas barang2 awal2. Betul tak. Tapi sampai sekarang rase macam malas je nak angkat punggung pegi kemas barang. Macam kene dabeltape dah punggung ni. Kalau pegi jugak takut koyak kang punggung aku ni.

Oke. Aku memang suke menyasar. Back to topic. Malas betul la. Korang memang la senang cakap "ala pegi je la. pemalas punye budak." tapi sebenarnya susah! Susah!!! Willpower tu takde. Kalau ade willpower tu takpe la. Tapi nak menghadirkan willpower tu susah. Bila dah ade takpe tapi kalau takde lagi macamane. Tak ke naya. Susah tau. Same macam kalau korang tengah bergolek2 dalam bilik bersama tilam yang empuk dan comforter yang gebu2 sekali dengan bantal dan bantal peluk yang tersayang, tetibe korang teringat korang x semayang Asar lagi sedangkan jam dah menunjukkan belangnya(aik?), oke joking, menunjukkan jarum pendeknya ke arah 6 dan jarum panjangnya ke arah 15. Macamane. Mesti susah kan kalau takde willpower(cakap je la malas semayang). Jadi sama la jugak macam saya ni yang dari tadi menaip post ni dan malas nak angkat punggung pegi kemas barang2 nak pegi asrama tu.

"Banyak pulak cekadak. Cakap je malas. Kan senang."

Ahaha! Memang aku malas. -_-"



Dan tahniah buat anda2 yang sedang membaca post ini dari awal sehingga ayat ini dan seterusnya kerana telah membuang masa anda yang berharga demi membaca leteran(virtually) saya yang mengarut meraban ni. Ha ha. Tapi kalau nak baca jugak lagi takpa, aku tak marah. Lagi galakkan ade. Sila2. Namun sebarang pembaziran waktu bukan tanggungjawab saya kerana anda sendiri telah memilih untuk membaca karangan2 seterusnya.

Jadi esok saya akan berangkat pergi ke SMAASZA, tanah serap ilmuku(versi baru tanah tumpah darah la tu. kalau tak paham sudah). Sedihnye. Terpaksa la aku berebut mandi berkali-kali lagi setiap hari. Takpela, janji dapat ilmu. Dapat jumpe kengkawan, dapat berdikari, dapat tayang beg baru(ahak!). Tinggal kat asrama ni bagus sbenanye. Boleh fokus.

Tapi kawan saya cakap, kalau nak study teringat kat mak bapak macamane nak fokus? Ceh. Alasan je tu. Ntah2 baru sampai asrama dah lupe mak bapak. Joli sakan ngan kengkawan. Kalau berpisah ngan mak bapak pun xleh fokus, kalau mak bapak meninggal macamane? Xleh fokus la nak study? Ha? Xleh fokus la buat ape2? Xleh fokus la keje? Ha? We'll get over it somehow. Betul tak. Sumer tu alasan la. Aku rase kalau aku duduk kat rumah je banyak godaan. TV la, intenet la(yang ni memang xtahan), katil la, Pape lagi la. Kalau kat asrama ade je waktu spesifik untuk study(walaupun aku x study pun mase tu). Tapi kalau dekat2 nak exam best je rase nk study. Mane xnye, sumer orang study, aku pun study la. Nak kacau orang lain kang rimas kawan tu.

Tapi ramai jugak yang masuk asrama ni jadi teruk. Mane taknye, kat asrama ni bleh depend kat diri sndiri je. Kalau tetibe terjoin mamat2/minah2 kurang asam tu macamane? Kite ni cepat terpengaruh ngan kawan tau. Sekali terjebak, susah nak kluar. Maksodnye kalau terjoin ngan geng2 macam tu la. Takpun kalau yang rapat ngan family tu mungkin teringat jugak mak bapak mase mula2, tapi rilek ar, nanti oke la tu.

Aku bukan nak bela penduduk2 asrama ni, bukan nak kutuk penduduk2 rumah ni tapi nak bagitau je pro and cons die(walaupun berbaur bias). In the end, it depends on oneselves. Kalau willpower die kuat, bagus la tu. Kalau lembik, woi, fail exam sape nak jawab. Tengok atas kesungguhan die la. Yang penting kene disiplin. DAN hubungan dengan Tuhan kene jaga. Hubungan dengan manusia pun penting jugak. 2-2 tu kene seimbang. Sama macam kita seimbangkan dunia ngan akhirat. Xleh la fikir 1 je, kene fikir 2-2. Betul tak teman2.



Banyak sangat la pulak aku membebel hari ni. Jadi doakan kerajinan aku untuk mengemaskan barang aku untuk kembali ke asrama. Dan doakan jua aku dapat menguatkan willpower(heheh. susah tu) aku. Oke, mata ashita. Esok aku post lagi sebelom balik asrama.

Jaa, mata ashita.

-Pujah
--Ah, sedihnye.