biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Saturday, May 31, 2008

Holiday?

Holiday. Finally. A two-week-school-break. I'm FREE from hostel, or hosHELL, like what my cousin said. HAHA! I've been waiting for this for like, a WHOLE month?
Well although the holiday started over a week ago, it's not outdated to say a very happy holiday, doesn't it? We are in the middle of the school break.

Sheesh. Five months. I've been living in the hostel. For the first week or the orientation week, it was HELLISH for me. Could you EVEN imagine, FOUR days of only hearing they(refers to teachers or seniors) babbling? Sitting on chair in the hall for HOURS? Geez. The schedule was also very busy.

After the orientation week, my hostel life became better. Lots of free time. And me? You see, I'm a lazy bum. And how the HECK does it even bother you? You see, they(my friends) keep complaining I'm lazy lazy lazy lazy lazy. It's just that I always land on my bed. What the heck is wrong with that?? It's none of their business, desho? It's me and MY life. I didn't even bother them, or fight them, or trouble them. Geez! What's wrong with them. It's not like I didn't help them, it's not like I'm not doing my homework or I'm copying theirs! Huurgh!!

Well, let's put them aside. I don't care about them anymore.

Home. 'Rumahku Syurgaku'. I'm able to understand it now. Haha.
Back home, I've become DRAMA ADDICT. Noo! How come. These are what I watch during this past week.

>>Hana Yori Dango (Good drama)
>>Hana Yori Dango 2 (Good!)
>>Hana Kimi (What the heck I watch this series over and over again)
>>My Boss My Hero (Sugoii drama)

>>Gokusen 2 (Geez. Boring. It just follows the Season 1 plot. I played 'spot-Mizushima-Hiro' in this drama haha! xP)
>>Nobuta wo Produce (Cool. This drama is quite deep.)

I've tried watching Hana Kimi Taiwan version but I can't. It's too hard. And the heroine is OVER ACTING. You see, I can't stand her. I've also tried watching Absolute Boyfriend(Zettai Kareshi) but no, it doesn't suit me. I'll try Kurosagi. Seems like interesting.

Now I've fallen in LOVE! NOOO!! The Japanese actors are striking my heart! YamaPi, Ikuta Toma, Oguri Shun, Matsumoto Jun! Mizushima Hiro!

NOOO!!!!

Friday, May 30, 2008

Wohow. Interesting.

Baru tadi aku korek2 folder My Pictures. Banyak gile gamba lame2 aku save. Kebanyakan anime. Sadenli! Aku nampak satu gambar, atau lebih tepat karangan, yang sangat interesting dan mengujakan. Entah bile mase aku tulis. Lame dah. Lupe. Tapi aku seronok bace. Taktau nape. Wahahak. Aku buat gune Paint.






Uh oh. Susah nak bace ke? Sori. Halus sangat. Ntah apekene Blogger ni. Tapi biar ah, takde la susah sangat nak bace, kan?

Lelaki..

Assalamualaikum Warahmatullah.



Aku baru je habis bace satu novel ni.. Karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.. Bertajuk 'Syabab Musafir Kasih'. Apparently, ade satu sajak yang dimuatkan beliau dalam novel ni.. agak bermakna.. So aku nak la kongsi sajak ni.

Bertajuk 'Lelaki'.

Dulu..
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harya dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.








P/S : Sajak ini bukan untuk mengenakan atau menyalahkan sesiapa.. Tapi sekadar pembakar semangat bagi lelaki.. Lelaki kan imam..





Hmm.
Versi wanita macamana pulak ye?

Argh!!!!!!





Marah. Ape tu marah. Marah menurut kamus dewan dalam mukasurat 998 ialah berasa panas hati kerana ditipu(dihina dll), panas hati, berang, gusar, murka.Memanglah kita sepatutnya marah kerana kebenaran. Marah melihatkan anak-anak muda kini semakin lalai. Marah melihat lelaki dan perempuan bersentuhan tanpa batasan. Tapi kalau terlebih-lebih marah? Dikata sedikit, mula naik angin. Jika dikata orang, sabar. Ya, sabar itu ada hadnya. Tapi kita sebenarnya BOLEH bersabar. Cuma kita selalu menurut kepada nafsu. Jangan biarkan nafsu bermaharajalela! Jadikan AKAL sebagai boss dalam diri. Jika terlibat dalam pergaduhan, jangan diikutkan dengan rasa marah dan emosi. Bawa diri kita ke landasan rasional. Marah tidak akan menyelesaikan apa-apa. Kalau ada orang yang sengaja membangkitkan kemarahan kita, sabar. Dan biarkan orang itu membebel seorang diri. Diamkan sahaja diri. ATAUPUN, kita jawab menggunakan kerasionalan kita. Kita balikkan, biar sipembangkitkemarahan itu menjadi marah. Kita tetap cool, kan? Nabi bersabda, kalau marah, duduk. Kalau masih marah, baring. Kalau masih marah, ambil wudhu'. Jangan dituruti perasaan marah. Bertindaklah secara bijak. Sentiasa cool. Kalau kita marah, secara spontan akan membentuk satu perasaan marah terhadap orang lain yang berdekatan seperti sahabat atau ahli keluarga kerana kemarahan kita. Sabar je lah, kata depa.


Khulasohnye, berfikirlah secara waras dan jangan, JANGAN dituruti nafsu itu.

Jangan mendengar apa kata syaitan.

"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."

Friday, May 23, 2008

Saudara baru..

"Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia "Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur.

Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?" Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.

"Ok, lepas tu.. "ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, '10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’.... tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini... Ok kita tengok isu lain pula…

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata "Bapa, kenapa aku dibuat begini?" Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament" atau Christianity di dalam ‘New Testament". Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"…Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah "Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku.Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..Allahu Akbar…….

Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam.."