biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Monday, October 24, 2011

sebenarnya.

aku dah tukar blog.

sila ke sini --> www.karipap-goreng.blogspot.com

Sunday, November 7, 2010

what about it ?

just let it be. it'll work out somehow.

..i guess?

nahh. apesajelah.


ohh, the images are haunting me D;

Saturday, November 6, 2010

looking back..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

melihat kembali ke masa silam. ecewah. sekarang, aku kat rumah. dh tinggalkan smaasza untuk taun ni. ok, maybe x lagi. kene dtg skali lagi ambik barang. dan maybe bermalam untuk semalam lagi untuk berfeeling. ok. serious. memang touching gila. aku sedihhhhhhhhhhhh.

aku sayang korang sume. all 134 form 3 students. mase awal2 masuk, kedudukan kelas tu still ikut ranking final exam 2009. ok, fine. then, everything changed (cehh) bile mama kami yang kami takuti dari tahun lepas mulakan usahanya nk menggaul kami sume. gaul bermaksud kami akan dimasukkan ke kelas-kelas yang mana ranking tidak bererti lagi. kriteria yang ditetapkan ialah setiap kelas akan ade yang cemerlang, sederhana dan lemah. mase malam nak streaming tu, mmg syahdu gila. sedih. smpai ade yang menangis2. kenape sedih, maybe sebab kami dh rasa serasi sgt2 antara satu sama lain kot. ceh. lepas streaming, agak janggal jugakla. tp senanye, bila ditanya balik skarang ni, most of us prefer kelas gaul. teacher norisah xkan buat sesuatu tanpa sebab. time kasih teacher.

sistem teacher; kami jaga antara satu sama lain. yg lemah xbleh sombong, yg dh cemerlang kene tolong kawan. walau ade jugakla sesetengah yang kurang asam tak reti bahasa, bese la tu. kelas2 yang kami hadapi, kertas2 yang menimbun kami dapat, sumenye dlm usaha nk hadapi exam. pagi skolah, petang malam kelas, jumaat subuh sabtu subuh, sumenye kelas. x penah brenti. time balik wajib je kot. kem? kem dalam skolah je. xkuasa cikgu2 nk heret kami sume ni kluar. tp gitu la, walaupun asik tersangkut dlm pagar smaasza tu, semuanya pengalaman. oho, time senamrobik mase kem tu. lawak. nmpak sesetengah boys yg semangat gila (xperlu nk mention nama, rsenye dh tau). aku? photographer je la. mueheheh.

*random* ohh, i like this picture

pehh. setahun ni, hari2 kene hambat. hari2 kene marah, kene sembur. tapi sungguh la cikgu2 kami sgt berjiwe kental. xpenah nk putus asa walaupun selalu tension. haha. 3 taun bersama. bertemu dan sama2 berjuang. belajar macam2. bawah bimbingan dan tunjuk ajar cekgu2, kami belajar jadi manusia. heh.

time kasih cekgu2ku
 
baru je rasanya lepas f3. hala tuju lepas ni? wallahu a'lam. bertebaran la merate2 cari ilmu. 2 taun je lagi nk skolah. f4. f5. SPM. oh.. let's not talk about that. -_-

hidup ini satu perjuangan. masa tidak akan berhenti untuk kita.
live hell or live well,
you choose.


it's time to move.

p/s : wahai anis sepupuku, it's your turn. gambatte !!

Thursday, October 14, 2010

finally !

*test.test.*

PMR DAH HABESSSSSSSSSSSSSS !

Thursday, September 16, 2010

ku tidak perfect..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

cuti tinggal hari ni, esok, and lusa balik asrama. ohh what a life. bukak skolah kang nnti ade jamuan hari raye (hihi pakai baju raya - excited. lol. ~_~) dann pekse tambah nilai. gonna study hard ~ insyaAllah. soon after, kem ! ahahaha akhirnya. buleh kluar dari pagar smaasza yg berkarat tu (hiperbola.) slame ni teacher x penahnye nk bagi kami pegi kem kat luar, except yg anjuran jpn. yg jpn tu pun xpenahnye name aku masuk. papelah jpn oii, kau nk buli aku buli laa. i could care less anymore.

dah isi borang permohonan kisas. really hoping i can go there. yana nk pegi smap kajang. jauh2 sumenye. tp izin big boss x dpt lagi. HAHA -.-" abah, dengarlah rintihan anakmu ini. anakmu nak pegi belajar abah. belajarr! nnti i kumpul mmber ramai2 nk pegi sane.

and..
looking back at my own self, its a disaster. yes, im not perfect. nobody's perfect. it's utterly impossible. "pujah, sedapnye jadi mu," haha! banyak cantik korang sume -.- everybody has their own dark side. so do i. but, surely, there's many way to do it right. there's ways. im sure of it. jgn gune alasan we're not perfect beings to do all the maksiat. kita lemah, kita hamba, yes, merintihla pada Dia! tu fitrah! kita ni manusia yg lemah. sbb we're not perfect, kita bersaudara. kita lengkapkan satu sama lain. sebab we're not perfect, kita cari jalan untuk memperbaiki kelemahan kita. bukannye kekal di takuk lama, beri alasan, semua orang tak sempurna.

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam. Rugilah orang yang hari ini sama dengan semalam. Dan celakalah, orang yang hari ini lebih buruk dari semalam."


There are many, many ways to do it right.

Esok reunion! yay !

muhasabah diri..

"Salam Muhasabah....(KhAs)

Letakkan AKALmu bersama HATI yang suci agar semua dilakukan terkawal selalu,pagari NAFSU untuk kebahagiaan hidup bersama.

( وَمِن ءايٰتِهِ أَن خَلَقَ لَكُم مِن أَنفُسِكُم أَزوٰجًا لِتَسكُنوا إِلَيها وَجَعَلَ بَينَكُم مَوَدَّةً وَرَحمَةً ۚ إِنَّ فى ذٰلِكَ لَءايٰتٍ لِقَومٍ يَتَفَكَّرونَ﴿٢١

(21) Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Note kali ini bukanlah untuk kita-kita tapi bersempena dengan mereka,bersempena dengn itu ku ulang copy balik http://www.facebook.com/note.php?note_id=412304892568.buat renungan bersama.

PASANGAN OH PASANGAN.
Tiada salahnya mencari pasangan kerana itu adalah tabiat seorang insan yang suci fitrahnya malahan islam juga menggalakkannya bukan bagi sesetengah agama yang mengamalkan sistem rahib-mengharamkan insan mencari pasangan-,islam juga mengajar caranya mencari pasangan,ciri-ciri pasangan mulia juga dibentangkan islam,pantang-larang tidak ketinggalan dan tips kebahagiaan juga ada bersama islam.

Namun kerana kerakusan hawa nafsu yang membara-bergelodak- ada yang memilih jalan untuk terus menjalinkan hubungan dengan pasangan pilihan hati yang mungkin tersilap erti.perhubungan tidak akan berlaku jika ada sebelah pihak sahaja,jika berlaku komunikasi antara 2 insan maka itu dinamakan perhubungan.

Seperti kata-kata diawal tadi "hidup kita adalah apa yang kita pilih" dalam mencari pasangan perlulah berhati-hati,kerana mereka akan menjadi teman hidup untuk selama-lamanya bukan hanya di dunia malah dipersoal di akhirat kelak.duhai insan yang berakal fikiran,gunakanlah akal kita sebaik mungkin,jangan cemari hidup kita dengan noda hitam yang akan melenyapkan ketenangan.

INGAT!!!

Yang soleh adalah untuk yang solehah,yang solehah adalah untuk yang soleh.jadinya perbetulkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum memenuhi cita-cita mencari pasangan yang soleh/solehah.tetapi hari ini,ada yang beranggapan bahawa perkahwinan itu hanyalah sekadar memenuhi kehendak kehidupan yang tiada perkaitannya dengan akhirat yang mendatang.

Sedangkan,apabila berlaku perkahwinan maka berlaku perkembangan zuriat,diteruskan lagi dengan pendidkan mereka,dan adakah sempurna sesebuah pendidikan itu tanpa islam,INGATLAH!!! islam itu bukan hanya atas dasar teori semata-mata,tetapi praktikal dan amalanlah yang lebih utama,ramai yang mampu mengungkapa kata-kata bahawa islam itu syumul dan sebagainya,tetapi kita sendiri yang menjumudkannya.

BELANGKAS YANG LEKAS MASUK BEKAS.

Terus sahaja bersambung cerita mahasiswi tadi,tergamam apabila sisiwi itu bercerita ada pasangan yang tidak ada apa-apa perhubungan yang sah di sisi ilahi,namun telah berlagak seolah-olah menjadi laki bini.Segala hal peribadi dikongsi bersama pasangan yang entah ya entah tidak kejujuran mereka,lebih mengejutkan,perkara ini bukan hanya berlaku kepada siswa-siswi yang biasa malahan mereka yang mengaku memperjuangkan islam juga turut sama hanyut.

Bagi yang perempuan pula kuat pula merajuknya kerana ingin mengambil hati pasangannya,pasangan yang tidak halal itu dijadikan seolah-olah macam suaminya,sentiasa bersama bila kemana-mana,pasangan lambat telefon telah dianggap tidak mahu bersamanya lagi....

Ya allah bantulah aku dalam meluah isi hati ini...

INGAT!!!

Jangan kita membelakangkan wahyu dalam menjalani kehidupan,walau sekuat manapun nafsu memujuk untuk mendapat perhatian seorang insan namun sedarlah bahawa perhubungan itu tiada gunanya,rasulullah pernah berpesan dengan mafhumnya-siapa yang sanggup menahan daripada yang haram maka allah s.w.t. akan mengurniakan kepadanya sesuatu yang tidak disangka-sangkanya.jangan kita menconteng arang dimuka kita sendiri dan ibu bapa yang dikasihi.

Walaupun jauh berada dari pandangan ibu bapa, ingatlah kepada Allah s.w.t. yang maha mengetahui dan maha melihat segala-galanya.

Yang sudah ketelanjuran jatuh dalam lembah percintaan yang berlumpurkan noda dosa,sedarlah masih ada masa untuk menginsafinya.

Duhai diriku, abang-abang,kakak-kakak,adik-adik,rakan-rakan,teman-teman,kawan-kawan dan sahabat-sahabat.janganlah kita terus hanyut dalam buiaan mimpi duniawi yang tidak bertepi.kekanglah nafsu kita agar dapat hidup di syrugawi yang lebih aman.

Rintihlah kepada allah s.w.t. agar memberi pertolongan dalam melaksanakan syariat-Nya dalam kehidupan kita,sesungguhnya allah s.w.t. tidak pernah meninggalkan hamba-Nya walaupun sedetik.SABARLAH!!! kehidupan dunia ini hanyalah semata-mata permainan yang tidak ada penghujungnya,jangan kita menyesal di akhirat kelak,biarlah kita sentiasa menangis kerana teringatkan dosa-dosa lalu di dunia ini,sebelum kita menangis di akhirat yang tiada gunanya.

Ya allah...bukalah pintu hati hamba-hamba-Mu ini untuk menyedari bahawa nikmat di dunia ini hanyalah terlalu-lalu-lalu sedikit jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat kelak...bantulah kami semua untuk terus taat kepada-Mu sepanjang masa bukan hanya dalam masa-masa tertentu.


Renungan : cubalah kita lihat apakah faktor kejatuhan khilafah islamiyyah...tidak lain hanyalah manusia enggan beramal dengan keseluruhan sistem yang diajarkan oleh islam.akhlak mereka tiada sedikit membezakan antara islam dan kafir....

BERSAMALAH RENUNGI PERINGATAN YANG TIDAK TERSUSUN INI,KERNA AKU MENAIPNYA DALAM KEADAAN KEGELISAHAN.

Selamat semua buat kamu berdua...ku doa selalu insya Allah."

Copied from Soal Rasa :
http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=441771612568


Kita bukan hamba yang merdeka.. Pilihan kita cuma syurga atau neraka..

Sunday, September 5, 2010

kadang-kadang

Assalamualaikum.

ha. blog yg bersawang. sori ye blog.

kadang2 aku cuma tau ckp byk, tapi xtau apa org lain rasa.. kdg2 aku igtkan mslh aku ni dh berat gila dh, tapi aku xtau apa yg org lain hadapi.. haihh, hidup, hidup. byk cabaran ngn dugaan. bese la tu. klau nk hitung nikmat yg Dia bg, laaaaagi la x terkire. tawakkal je la. tp, kudos to my friend. kawan, kau perempuan yg sangat kuat. ;) moga Allah merahmatimu.

exam dah dekat. hailaaa, koya lagi aku. xleh2. too much isnt good. stuck ngn mcm2 benda. tenet yg paling utama. nono, xleh. opp dulu ye jah. opp dlu. pasni enjoy la stare mane mu nk enjoy. tgk je laa nnti.. muahaha *gelak penuh kejahatan* janji, PMR nnti, we're going to give our best shot!

currently, stuck with homework. homework on every single subject. gila lahh. so kawan2ku, raye raye jugak, jgn biarkan kertas2 anda berkulat dlm beg skolah tu ye. pikiak sikit. Tuhan bagi akal, guna. ikut hati mati, ikut nafsu binasa. ikut iman? insyaAllah.

raya taun ni, balik johor. huyeah ! x saba >_> tp raye taun ni isnt going to be the same. we're missing someone. rindu. tp dia lebih bahagia berbanding kita kat sini, tersepit kat dunia yg penuh ujian. al-fatihah.

~pujah~