biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Thursday, September 16, 2010

muhasabah diri..

"Salam Muhasabah....(KhAs)

Letakkan AKALmu bersama HATI yang suci agar semua dilakukan terkawal selalu,pagari NAFSU untuk kebahagiaan hidup bersama.

( وَمِن ءايٰتِهِ أَن خَلَقَ لَكُم مِن أَنفُسِكُم أَزوٰجًا لِتَسكُنوا إِلَيها وَجَعَلَ بَينَكُم مَوَدَّةً وَرَحمَةً ۚ إِنَّ فى ذٰلِكَ لَءايٰتٍ لِقَومٍ يَتَفَكَّرونَ﴿٢١

(21) Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Note kali ini bukanlah untuk kita-kita tapi bersempena dengan mereka,bersempena dengn itu ku ulang copy balik http://www.facebook.com/note.php?note_id=412304892568.buat renungan bersama.

PASANGAN OH PASANGAN.
Tiada salahnya mencari pasangan kerana itu adalah tabiat seorang insan yang suci fitrahnya malahan islam juga menggalakkannya bukan bagi sesetengah agama yang mengamalkan sistem rahib-mengharamkan insan mencari pasangan-,islam juga mengajar caranya mencari pasangan,ciri-ciri pasangan mulia juga dibentangkan islam,pantang-larang tidak ketinggalan dan tips kebahagiaan juga ada bersama islam.

Namun kerana kerakusan hawa nafsu yang membara-bergelodak- ada yang memilih jalan untuk terus menjalinkan hubungan dengan pasangan pilihan hati yang mungkin tersilap erti.perhubungan tidak akan berlaku jika ada sebelah pihak sahaja,jika berlaku komunikasi antara 2 insan maka itu dinamakan perhubungan.

Seperti kata-kata diawal tadi "hidup kita adalah apa yang kita pilih" dalam mencari pasangan perlulah berhati-hati,kerana mereka akan menjadi teman hidup untuk selama-lamanya bukan hanya di dunia malah dipersoal di akhirat kelak.duhai insan yang berakal fikiran,gunakanlah akal kita sebaik mungkin,jangan cemari hidup kita dengan noda hitam yang akan melenyapkan ketenangan.

INGAT!!!

Yang soleh adalah untuk yang solehah,yang solehah adalah untuk yang soleh.jadinya perbetulkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum memenuhi cita-cita mencari pasangan yang soleh/solehah.tetapi hari ini,ada yang beranggapan bahawa perkahwinan itu hanyalah sekadar memenuhi kehendak kehidupan yang tiada perkaitannya dengan akhirat yang mendatang.

Sedangkan,apabila berlaku perkahwinan maka berlaku perkembangan zuriat,diteruskan lagi dengan pendidkan mereka,dan adakah sempurna sesebuah pendidikan itu tanpa islam,INGATLAH!!! islam itu bukan hanya atas dasar teori semata-mata,tetapi praktikal dan amalanlah yang lebih utama,ramai yang mampu mengungkapa kata-kata bahawa islam itu syumul dan sebagainya,tetapi kita sendiri yang menjumudkannya.

BELANGKAS YANG LEKAS MASUK BEKAS.

Terus sahaja bersambung cerita mahasiswi tadi,tergamam apabila sisiwi itu bercerita ada pasangan yang tidak ada apa-apa perhubungan yang sah di sisi ilahi,namun telah berlagak seolah-olah menjadi laki bini.Segala hal peribadi dikongsi bersama pasangan yang entah ya entah tidak kejujuran mereka,lebih mengejutkan,perkara ini bukan hanya berlaku kepada siswa-siswi yang biasa malahan mereka yang mengaku memperjuangkan islam juga turut sama hanyut.

Bagi yang perempuan pula kuat pula merajuknya kerana ingin mengambil hati pasangannya,pasangan yang tidak halal itu dijadikan seolah-olah macam suaminya,sentiasa bersama bila kemana-mana,pasangan lambat telefon telah dianggap tidak mahu bersamanya lagi....

Ya allah bantulah aku dalam meluah isi hati ini...

INGAT!!!

Jangan kita membelakangkan wahyu dalam menjalani kehidupan,walau sekuat manapun nafsu memujuk untuk mendapat perhatian seorang insan namun sedarlah bahawa perhubungan itu tiada gunanya,rasulullah pernah berpesan dengan mafhumnya-siapa yang sanggup menahan daripada yang haram maka allah s.w.t. akan mengurniakan kepadanya sesuatu yang tidak disangka-sangkanya.jangan kita menconteng arang dimuka kita sendiri dan ibu bapa yang dikasihi.

Walaupun jauh berada dari pandangan ibu bapa, ingatlah kepada Allah s.w.t. yang maha mengetahui dan maha melihat segala-galanya.

Yang sudah ketelanjuran jatuh dalam lembah percintaan yang berlumpurkan noda dosa,sedarlah masih ada masa untuk menginsafinya.

Duhai diriku, abang-abang,kakak-kakak,adik-adik,rakan-rakan,teman-teman,kawan-kawan dan sahabat-sahabat.janganlah kita terus hanyut dalam buiaan mimpi duniawi yang tidak bertepi.kekanglah nafsu kita agar dapat hidup di syrugawi yang lebih aman.

Rintihlah kepada allah s.w.t. agar memberi pertolongan dalam melaksanakan syariat-Nya dalam kehidupan kita,sesungguhnya allah s.w.t. tidak pernah meninggalkan hamba-Nya walaupun sedetik.SABARLAH!!! kehidupan dunia ini hanyalah semata-mata permainan yang tidak ada penghujungnya,jangan kita menyesal di akhirat kelak,biarlah kita sentiasa menangis kerana teringatkan dosa-dosa lalu di dunia ini,sebelum kita menangis di akhirat yang tiada gunanya.

Ya allah...bukalah pintu hati hamba-hamba-Mu ini untuk menyedari bahawa nikmat di dunia ini hanyalah terlalu-lalu-lalu sedikit jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat kelak...bantulah kami semua untuk terus taat kepada-Mu sepanjang masa bukan hanya dalam masa-masa tertentu.


Renungan : cubalah kita lihat apakah faktor kejatuhan khilafah islamiyyah...tidak lain hanyalah manusia enggan beramal dengan keseluruhan sistem yang diajarkan oleh islam.akhlak mereka tiada sedikit membezakan antara islam dan kafir....

BERSAMALAH RENUNGI PERINGATAN YANG TIDAK TERSUSUN INI,KERNA AKU MENAIPNYA DALAM KEADAAN KEGELISAHAN.

Selamat semua buat kamu berdua...ku doa selalu insya Allah."

Copied from Soal Rasa :
http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=441771612568


Kita bukan hamba yang merdeka.. Pilihan kita cuma syurga atau neraka..

No comments: