biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Saturday, February 13, 2010

cikgu,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ehem, aku nk cerita kisah sedih ni. duk diam2.

kisah tentang seorang cekgu itu.

skolah aku nk ambik ETA baru. jadi dengan bersemangatnye bebudak ni nk sambut. aku and the geng duduk je dlm kelas. tetibe dengo la bunyi, "surprise ~!" dari bawah tu. nak surprisekan minah salleh tu kot. tetibe aku denga satu khabar angin, cekguku, yakni guru kelasku, nak pindah. ape? what?? nanii??? aku dgn muke penuh kedebarannye mencari cekgu itu.

orang lain buat dono je la, ingatkan xde pape. aku je gabra cari cekgu tu. sorang-sorang. aku jumpe die kat pejabat, dlm keadaan x terurus. mcm, tertekan. aku tanye cekgu, cekgu nk pindah ke? die jwb, takde la, saya nk pegi training je. mcm, tak percaye die kene pindahkan. die kan panitia geografi, kire pakar la. kate die, die kene pindahkan sebab nk masukkan ETA tu dlm skolah aku. cekgu byk sgt smpai terpakse buang dia. aku pun tak percaya, dlm byk2 cekgu, kenapa mesti dia?

muka dia stres gila. aku pun nk nangis rasa tgk muka dia mcm tu. hari tu jugak dia nk pegi. aku pujuk la dia, cekgu, bagi la at least ucapan terakhir. cekgu buat dono je. aku pujuk dan pujuk dgn muke penuh mengharap. punya la bunga kata2 aku, last2 skali cg pun stuju. cg jd bersemangat balik.

kami pun masuk kelas. semua orang bangun. time tu cg nk bagi ucapan terakhir. tetibe aku x tahan sendu yg bertakung dlm hati, pastu terus melimpah ruah. aku pun nanges. tak tahan mmg x tahan gila. kluar mcm tu je air mata aku.

..
lepas tu aku bangun dari tidur. yep, sume tu mimpi je sbenanye.

kalau nak tau,
time aku bgn tido tu, mata aku berair.

kalau nak tau,
cikgu tu lah buat sakit hati kami,
cikgu tu lah buat kami geram,
cikgu tu lah buat kami menyampah,
cikgu tu lah buat kami gembira,
cikgu tu lah buat kami semangat,
dan cikgu tu lah yang kami sayang sangat.

ironic, right? baru aku sedar aku sayang gila cg tu sbenanye. gelaklah nk gelak, tak kisah pun.

hahah.
pape je lah aku mrepek hari ni.

kesimpulannya;
sayangi cekgu anda.

-Pujah
--cekguuuuuu!

Friday, February 12, 2010

Everybody's different ;)

Kenapa aku tak pandai?
Kenapa aku tak kaya?
Kenapa muka aku tak cantik?
Kenapa asyik aku?
Kenapa nasib aku macam ni?

biasa kan dengar kata2 mcm ni? heh, people, everybody's different on their own way. kadang2 masalah remeh pun kita anggap besar, tapi kita tak fikirkan masalah orang lain yg on the whole different scale from us. Tuhan dah jadikan manusia ni berbeza, dengan berbeza keupayaan, berbeza masalah.

"Tidaklah Allah membebani seseorang itu kecuali dengan kemampuannya;"

pernah tak kita fikir, masalah kita ni, Allah turunkan ujian buat kita kerana Dia lebih tahu kemampuan kita? jadi, manusia, walau sebesar mana masalah kita tu, cuma satu je jalan yang boleh kita ambil,

"Dan mintalah kepada Allah dengan sabar dan solat;"

kalau kita ditimpa musibah, siapa yang kita nak harap? kepada Allah jua, kan? kalau kita tak ingat pada Allah, macamana Allah nak ingat pada kita?

"Dan ingatlah padaKu, maka Aku akan mengingatimu;"

cuma pada Yang Maha Pencipta kita bergantung harap. jangan sombong. sesempurna mana pun manusia, tetap ada masalah. ingatlah pada Tuhan. Dia yang menguji kita.

"Dan layakkah seseorang hambaKu itu dipanggil beriman jika ia masih belum diuji?"

jangan sesekali disesali takdir. ketahuilah betapa mulianya orang2 yang sabar.

"Innallaha ma'assabirin"