biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Friday, February 12, 2010

Everybody's different ;)

Kenapa aku tak pandai?
Kenapa aku tak kaya?
Kenapa muka aku tak cantik?
Kenapa asyik aku?
Kenapa nasib aku macam ni?

biasa kan dengar kata2 mcm ni? heh, people, everybody's different on their own way. kadang2 masalah remeh pun kita anggap besar, tapi kita tak fikirkan masalah orang lain yg on the whole different scale from us. Tuhan dah jadikan manusia ni berbeza, dengan berbeza keupayaan, berbeza masalah.

"Tidaklah Allah membebani seseorang itu kecuali dengan kemampuannya;"

pernah tak kita fikir, masalah kita ni, Allah turunkan ujian buat kita kerana Dia lebih tahu kemampuan kita? jadi, manusia, walau sebesar mana masalah kita tu, cuma satu je jalan yang boleh kita ambil,

"Dan mintalah kepada Allah dengan sabar dan solat;"

kalau kita ditimpa musibah, siapa yang kita nak harap? kepada Allah jua, kan? kalau kita tak ingat pada Allah, macamana Allah nak ingat pada kita?

"Dan ingatlah padaKu, maka Aku akan mengingatimu;"

cuma pada Yang Maha Pencipta kita bergantung harap. jangan sombong. sesempurna mana pun manusia, tetap ada masalah. ingatlah pada Tuhan. Dia yang menguji kita.

"Dan layakkah seseorang hambaKu itu dipanggil beriman jika ia masih belum diuji?"

jangan sesekali disesali takdir. ketahuilah betapa mulianya orang2 yang sabar.

"Innallaha ma'assabirin"

No comments: