biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Friday, May 30, 2008

Argh!!!!!!





Marah. Ape tu marah. Marah menurut kamus dewan dalam mukasurat 998 ialah berasa panas hati kerana ditipu(dihina dll), panas hati, berang, gusar, murka.Memanglah kita sepatutnya marah kerana kebenaran. Marah melihatkan anak-anak muda kini semakin lalai. Marah melihat lelaki dan perempuan bersentuhan tanpa batasan. Tapi kalau terlebih-lebih marah? Dikata sedikit, mula naik angin. Jika dikata orang, sabar. Ya, sabar itu ada hadnya. Tapi kita sebenarnya BOLEH bersabar. Cuma kita selalu menurut kepada nafsu. Jangan biarkan nafsu bermaharajalela! Jadikan AKAL sebagai boss dalam diri. Jika terlibat dalam pergaduhan, jangan diikutkan dengan rasa marah dan emosi. Bawa diri kita ke landasan rasional. Marah tidak akan menyelesaikan apa-apa. Kalau ada orang yang sengaja membangkitkan kemarahan kita, sabar. Dan biarkan orang itu membebel seorang diri. Diamkan sahaja diri. ATAUPUN, kita jawab menggunakan kerasionalan kita. Kita balikkan, biar sipembangkitkemarahan itu menjadi marah. Kita tetap cool, kan? Nabi bersabda, kalau marah, duduk. Kalau masih marah, baring. Kalau masih marah, ambil wudhu'. Jangan dituruti perasaan marah. Bertindaklah secara bijak. Sentiasa cool. Kalau kita marah, secara spontan akan membentuk satu perasaan marah terhadap orang lain yang berdekatan seperti sahabat atau ahli keluarga kerana kemarahan kita. Sabar je lah, kata depa.


Khulasohnye, berfikirlah secara waras dan jangan, JANGAN dituruti nafsu itu.

Jangan mendengar apa kata syaitan.

"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."

No comments: