Ah. Lusa sekolah. Bosannye. Esok petang dah nak balik asrama. *mood bosan

No, really. Tak sangke ade jugak orang yang excited nak bukak skolah(aku pun excited jugak kadang2). Tapi, ni la kali pertama aku bercuti dengan minimum kebosanan. Kalau sebelum ni asyik rant rant rant je. Memekak tiap2 hari tentang bosannye cuti. Sebab duk asrama kot. Ha ha ha. Bile duk asrama, mula la terasa kenikmatan berada di rumah sendiri. Kalau dulu terlepek atas sofa tengok tv yang entah ape-ape programnye, menanti hari demi hari. Tapi sekarang macam tak sangke je sebulan setengah dah berlalu. Ah sayangnya.
Hari ni aku harus berkemas. Esok petang dah nak pergi. Kenapa kemas awal-awal? Ha ha. Soalan biasa. Sebagai persediaan lah. Waktu ku tidak tidur selepas subuh boleh dibilang dengan jari. Tapi kalau aku start tido lepas subuh mula lah nak sambung2.

Contohnya:
Rutin harian pagi cutiku:
*bangun*
*tengok jam : 6:15-6:30 macam tu la*
*masuk bilik air amik air semayang*
*solat Subuh*
*landing balik*
*tido*
*bangun*
*tengok jam : 8:00*
*ngantuk lagi, tido balik*
*bangun*
*tengok jam : 10:00*
*ngantuk lagi, tido balik*
*bangun*
*tengok jam : 12.30*
*dah x terasa nak tido*
*golek2 lama2*
*1:00 bangun, mandi, etc etc*
Jadi korang boleh simpulkan di sini. Apa akan terjadi kalau esok aku x kemas lagi barang2 and then dah pukul 11 ke pukul 1 ke pukul brape ke(ala yang lewat2 ye la tu). Jadi sebagai langkah awal aku kenelah kemas barang2 awal2. Betul tak. Tapi sampai sekarang rase macam malas je nak angkat punggung pegi kemas barang. Macam kene dabeltape dah punggung ni. Kalau pegi jugak takut koyak kang punggung aku ni.
Oke. Aku memang suke menyasar. Back to topic. Malas betul la. Korang memang la senang cakap "ala pegi je la. pemalas punye budak." tapi sebenarnya susah! Susah!!! Willpower tu takde. Kalau ade willpower tu takpe la. Tapi nak menghadirkan willpower tu susah. Bila dah ade takpe tapi kalau takde lagi macamane. Tak ke naya. Susah tau. Same macam kalau korang tengah bergolek2 dalam bilik bersama tilam yang empuk dan comforter yang gebu2 sekali dengan bantal dan bantal peluk yang tersayang, tetibe korang teringat korang x semayang Asar lagi sedangkan jam dah menunjukkan belangnya(aik?), oke joking, menunjukkan jarum pendeknya ke arah 6 dan jarum panjangnya ke arah 15. Macamane. Mesti susah kan kalau takde willpower(cakap je la malas semayang). Jadi sama la jugak macam saya ni yang dari tadi menaip post ni dan malas nak angkat punggung pegi kemas barang2 nak pegi asrama tu.
"Banyak pulak cekadak. Cakap je malas. Kan senang."
Ahaha! Memang aku malas. -_-"

Dan tahniah buat anda2 yang sedang membaca post ini dari awal sehingga ayat ini dan seterusnya kerana telah membuang masa anda yang berharga demi membaca leteran(virtually) saya yang mengarut meraban ni. Ha ha. Tapi kalau nak baca jugak lagi takpa, aku tak marah. Lagi galakkan ade. Sila2. Namun sebarang pembaziran waktu bukan tanggungjawab saya kerana anda sendiri telah memilih untuk membaca karangan2 seterusnya.
Jadi esok saya akan berangkat pergi ke SMAASZA, tanah serap ilmuku(versi baru tanah tumpah darah la tu. kalau tak paham sudah). Sedihnye. Terpaksa la aku berebut mandi berkali-kali lagi setiap hari. Takpela, janji dapat ilmu. Dapat jumpe kengkawan, dapat berdikari, dapat tayang beg baru(ahak!). Tinggal kat asrama ni bagus sbenanye. Boleh fokus.
Tapi kawan saya cakap, kalau nak study teringat kat mak bapak macamane nak fokus? Ceh. Alasan je tu. Ntah2 baru sampai asrama dah lupe mak bapak. Joli sakan ngan kengkawan. Kalau berpisah ngan mak bapak pun xleh fokus, kalau mak bapak meninggal macamane? Xleh fokus la nak study? Ha? Xleh fokus la buat ape2? Xleh fokus la keje? Ha? We'll get over it somehow. Betul tak. Sumer tu alasan la. Aku rase kalau aku duduk kat rumah je banyak godaan. TV la, intenet la(yang ni memang xtahan), katil la, Pape lagi la. Kalau kat asrama ade je waktu spesifik untuk study(walaupun aku x study pun mase tu). Tapi kalau dekat2 nak exam best je rase nk study. Mane xnye, sumer orang study, aku pun study la. Nak kacau orang lain kang rimas kawan tu.
Tapi ramai jugak yang masuk asrama ni jadi teruk. Mane taknye, kat asrama ni bleh depend kat diri sndiri je. Kalau tetibe terjoin mamat2/minah2 kurang asam tu macamane? Kite ni cepat terpengaruh ngan kawan tau. Sekali terjebak, susah nak kluar. Maksodnye kalau terjoin ngan geng2 macam tu la. Takpun kalau yang rapat ngan family tu mungkin teringat jugak mak bapak mase mula2, tapi rilek ar, nanti oke la tu.
Aku bukan nak bela penduduk2 asrama ni, bukan nak kutuk penduduk2 rumah ni tapi nak bagitau je pro and cons die(walaupun berbaur bias). In the end, it depends on oneselves. Kalau willpower die kuat, bagus la tu. Kalau lembik, woi, fail exam sape nak jawab. Tengok atas kesungguhan die la. Yang penting kene disiplin. DAN hubungan dengan Tuhan kene jaga. Hubungan dengan manusia pun penting jugak. 2-2 tu kene seimbang. Sama macam kita seimbangkan dunia ngan akhirat. Xleh la fikir 1 je, kene fikir 2-2. Betul tak teman2.

Banyak sangat la pulak aku membebel hari ni. Jadi doakan kerajinan aku untuk mengemaskan barang aku untuk kembali ke asrama. Dan doakan jua aku dapat menguatkan willpower(heheh. susah tu) aku. Oke, mata ashita. Esok aku post lagi sebelom balik asrama.
Jaa, mata ashita.
-Pujah
--Ah, sedihnye.

1 comment:
ape kau bebel ni
Post a Comment