biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Monday, December 29, 2008

1430

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh~

Ye. Mungkin ramai x ambil hal. Hari ni, dah tahun 1430 hijrah. Perasan tak? Kalau x perasan x lame la tu. Kesiannye. Ish2.

Oke, sempena bermulanya tahun baru ni, dah muhasabah diri belom. Tanya diri! : nak kekal di takuk lama ke? Nak berubah ke? Saya bukan alim sangat nak ceramah kat orang ni tapi sebagai nasihat. Kita kan kena saling menasihati. Ha ha ha. Saya sendiri pun banyak kekurangannya. Di subuh buta ni, saya menaip. Pastu saya fikir, cukup ke amalan(confirm xcukup). Sedangkan Saidina Ali, yang kita semua kenal(kalau xkenal aku xtau nak cakap ape dah) selalu berkata, "Jauhnya perjalanan.. Sikitnya bekalan.." Bayangkan! Sedangkan beliau yang merupakan salah seorang daripada Khalifah ar-Rasyidin boleh berkata begitu. Apatah lagi kita ni.

Pernah tak bermuhasabah diri. Muhasabah ni berasal dari berkataan 'hisab' 'ha sin ba' yang bermaksud hitung. Bermuhasabah maknanya bole la kita panggil menghitung diri. Ala maknanya macam fikir balik tentang diri sendiri. Banyak ke tak amalan, baik ke tak etc etc. Lebih kurang macam tu la. Oke, macam saya cakap tadi. Nak jadi sama macam dulu ke nak berubah. Berubah jadi baik la of kos. Kalau jadi jahat buat ape.

Mati itu pasti. Cuma kita taktau. Ade ke kita nampak orang dari dulu tak mati2(yang hidup lame giler lebih 4000 tahun tu la). Yang ade bela jin ada la. Jin tu ambik rupa tuan dia. Back to topic. Oke, takde kan? Nabi Muhammad pun dah wafat. Oke? Mati itu pasti. X kira la eksiden ke sakit tua ke ape ke. Yang penting mati. Mungkin saya akan mati lepas taip post ni? Siapa tau? Allah je la tau. Takkan dilambatkan sesaat pun dan takkan dicepatkan sesaat pun. Macamana kalau kita mati tak cukup amalan. Tengah buat maksiat tetibe mati. Ape nak jawab kat Padang Mahsyar. Ha? Ha? Ha?

Jadi kita bermuhasabah la diri kita. Teroka diri kita. Akhir zaman ni, macam2 benda pelik berlaku. Tanda2 kiamat pun dah ada. Nak tunggu apa? Nak tunggu kiamat baru nak sedar? Sedarlah hai ummat. Nabi Muhammad SAW nak wafat, tau ape die cakap. "Ummati.. Ummati.." "Ummatku.. Ummatku.." Ya! Nabi amat sayangkan ummatnya. Ummatnya sape? Kita la! Sape lagi.


Jadi sedarlah hai muslimin muslimat harapan agama sekalian. Kita buka tirai 1430 Hijrah dengan azam dan tekad. Baikkanlah diri kita. Carilah Islam yang sebenarnya. Islam itu agama Syumul. Tiada paksaan dalam beragama, dan telah jelas yang haq dan yang batil.

Sama-samalah kita menyalakan kembali sinar Islam yang diinjak-injak Israel Laknatullah.

Selamat menyambut Maal Hijrah.


Mode : Berseri2.

-Pujah
--Tika dingin subuh~

No comments: