biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Wednesday, December 23, 2009

understand.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ntah hape mood aku nak post hari ni. cam buang tebiat je. >_>"

faham; dalam bahasa inggerisnya, understand. arab; fahim.

kita perlulah saling memahami antara satu sama lain, bak kata dalam buku komsas. kenape ye? dengan faham, wujudlah satu persefahaman(duh ~_~) yang akhirnya membawa kepada keharmonian yang bebas dendam.

kenape kite perlu faham orang lain?

kerana manusia tu diciptakan dengan pelbagai kerenah. bukan semuanya sama. situasi pun lain2. kadang2 yang tu panas baran, yang tu kuat merajuk. yang tu keluarga kaya, yang tu sederhana. yang tu anak sulong, yang tu bongsu. jadi, manusia tu lain2, walaupun hakikatnya mereka semua merupakan hamba Allah yang Satu.

kadang2 manusia ni tak faham orang lain, ataupun saja buat2 tak faham. kite kena tengok satu benda tu dari pelbagai perspektif. bukan kita sorang hidup dalam dunia ni. bukan dunia ni kita punya. kalau kita tengok orang tu sedang beremosi; tak sepatutnya kita nak tambahkan lagi keemosiannye. tau, tegakkan kebenaran. tapi kene faham jugak. orang emosi jarang2 je boleh fikir rasional. kalau nak suruh org tu rasional, tenangkan dia dulu. bukan serang bertubi2 dan makin menyakitkan hati.

dan orang yang beremosi pulak, perlu faham orang lain. perasaan marah tu syaitan je sebenarnye nak mengapi-apikan kita. sebab tu nabi kata sabar sebahagian daripada iman. faham pulak orang lain. bukan orang suke sangat tengok kita marah. kadang2 kemarahan kita bg kesan pulak kat orang lain. lagi la ramai orang sakit hati.

dan orang yang mengumpat, seronok sangat ke buat dosa? kesan mengumpat tu tersangatlah dahsyat. daripada org yg x bersalah apa2, sebab lidah kau sorang, habis org lain benci dia. dia xtau pape. cuba letakkan kita kat situasi orang yg diumpat tu. kita taktau apa2, tiba2 orang benci. ape kes? terus terang tak berani. baik terus terang, sekurang2nya orang tu tak terasa hati, dan boleh baiki diri.

hidup kat dunia ni tak perlu la penting diri. kita kena fikir dan faham orang lain. kita merajuk, ingat orang suka sgt ke pujuk kita. orang lain pun ada keje. cuba faham situasi orang lain. bukan membuta tuli tuduh, umpat, fikir yang bukan2. semua orang ada masalah.

jangan ingat kita baik sangat nak hakimi orang lain. kita tak berhak nak hakimi orang lain. Allah je berhak.

-Pujah
--luahan emosi. keh3

No comments: