biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Monday, December 7, 2009

hari tu aku pegi bandar..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


peristiwa ni dah lame dah, cume aku yang tak ingat nak kongsi, atau aku je yang malas nak menaip. mane-mane je lah.


Kisah 1

aku tak ingat, mase tu aku dah masuk form 1 atau aku still darjah 6. err, it doesn't matter when is it, desho?

hari tu aku pegi bandar ngan umi aku. nak buat ape tah. pegi usha2 baju kot. ahaha. jadi parkinglah umiku dan aku di tepi kedai berderet2 berdekatan masjid putih dan stesen bas. dan berjalanlah umiku dan aku ke destinasi dituju.

mane ceritanye?
nak cerite la ni.

jadi, masa aku on the way balik kerete bersame2 barang yang telah dibeli, aku nampaklah kelibat seorang makcik di tepi KFC mengutip2 botol di tepi jalan dan di dalam tong sampah bersama botol2 atau barang2 kitar semula kot dalam plastik yang dibawa beliau. aku tidak pasti apa yang mahu dibuat beliau dengan botol2 tersebut. aku pun melihat je dia dengan dalaman hati aku berkata; 'kesian makcik nih'. aku pun masuk dalam kereta dengan terus memerhatikan beliau sehingga kereta umiku berlalu pergi.

di sebalik pemerhatian(stalker ke) aku terhadap makcik tu, terlintas dalam hati aku. kalau mak cik tu walaupun susah sekalipun dia sanggup buat kerja halal, macamana dengan org2 besar yang kaya yang pakai kereta mercedes atau bmw dengan gah sekali seolah-olah dunia tu dia punya yang sanggup buat kerja haram walaupun dia tu dah kaya? macamane ye nak cakap, seolah-olah sanggup membuat kerja haram demi kepentingan diri sendiri.

mak cik tu sanggup buat kerja halal, dia tak mencuri, dia tak kacau orang, dan mungkin sesetengah orang akan pandang rendah terhadap makcik yang berhati mulia itu kerana kesusahan dia. tapi mereka pandang tinggi kepada orang yang pakai mercedes atau bmw kerana kekayaan mereka. kebanyakan manusia sekarang lebih memandang kepada material.

bukan aku nak menghukum manusia. cuma menyatakan sikap sesetengah manusia itu yang memandang benda lebih kepada luaran. yep, seperti mereka memandang dunia yang penuh keindahan dan lupa akan hakikat sebenar kehidupan.


Kisah 2

dan kisah yang lain pula, pada hari yang lain, tahun ni la tapinye, hari sabtu, masa outing. masa tu kat tepi mydin, tunggu sahabat2 aku yang nak pergi kat pasar payang. mase tu panas. wan duduk bersila tepi aku, sambil minum air anggur. tetibe ade la sorang pakcik ni datang dari belakang bangunan mydin dan lalu depan wan. beliau tibe2 menegur sahabatku itu agar duduk dengan sopan kalau minum air. sahabatku itu lalu duduklah dengan sopan sambil wajahnya dihalakan padaku dan ekspresi wajahnya seolah-olah mengatakan 'tak sopan ke duduk bersila?' memang tu pun yang aku persoalkan dalam minda aku.

ape2 je lah. bukan tu yang aku nak ketengahkan. pakcik tu lepas tegur sahabatku itu, bercerita panjang pada kami tanpa mengira panas terik yang membahang di atas kepalenye. tak kisahla die pakai topi. pakcik tu bercerita tentang kehidupannya sambil tetap berdiri di hadapan aku yang tengah silau dengan penuh bersemangat, siap dengan gaya-gaya(aku tak tipu lahh).

yang aku dengar, anak, rumah, menantu, judi ke hape tah dan yang pastinye die bercerita tentang keluarganya. tibe2 keluar lah beberapa staff mydin dan berjalan melintasi pakcik itu. pakcik tu pun tersenyum dan hulurkan tangan untuk bersalam dengan salah seorang staf tu. di sini klimaks kepada kisah ini. apa yang aku dan kawan2ku saksikan bahawa air muka staf itu menunjukkan ekspresi pelik(kalau aku pun pelik).

tapi ekspresinya lebih mendalam dari pelik. tak faham sudah. seolah-olah jijik dengan pakcik itu(mungkin terover aku melabel pemuda tu, minta maaf bang). dia hulur hujung jari je macam nak tak nak menyambut salam pakcik tu dan berlalu pergi begitu saja dengan wajah yang tak berapa enak bagi kami untuk memandang. tak lama kemudian pemuda tersebut meneruskan jalannya dan lalu kedengaran dan kenampakan si pekerja mydin itu bergurau senda dengan staf2 lain di belakang sana.

apa kejadahkah semua ini.

aku bukan nak cakap apa-apa, Tuhan je tau apa yang ada dalam hati manusia, aku cuma sekadar bercerita, tapi begitulah kita boleh melihat manusia yang pelbagai atas muka bumi Tuhan ni. kamu yg membaca ni nilailah sendiri.

sambung balik. lepas rancak dan penuh penghayatan bercerita pakcik tu pun nak berlalu pergi. beliau meminta maaf kerane bercerite panjang lebar(dan memang sangat panjang) lalu pergi. aku pun tanya kawan2 aku, rupa2nya xde sorang pun yang faham ape pakcik tu cakap. muka je macam khusyuk mendengar. yang aku hargai pakcik tu cuba nak ceritakan kisah hidup dia agar kami semua yang mendengar ni ambik pengajaran. tak lama lepas tu pun aku nampak la sebuah beca yang dibawa oleh seorang pakcik. eh, pakcik tadi bawak beca rupenye, begitu suara hati kami.

dan kata-kata pakcik tu yang paling aku ingat sampai sekarang ialah,
"Tuhan tak tengok ni *tunjuk ke arah kepala* ,
Tuhan tengok ni *tunjuk ke arah dada* . "
dan memang benar, Tuhan tengok hati. kalau kita buat baik tapi hati niat lain, apa guna?

sedekah rm10 juta sebab nak riak.
sedekah 10sen sebab ikhlas.

orang yang berfikir tahu yang mana lebih baik.

panjang sangatla pulak post ni. ha3. padan muke. perut dah lapar, aku nak makan.

-Pujah
--bila hati berbicara..

2 comments:

Anis Nabilah said...

Ara ara,
"Tuhan tak tengok ni *tunjuk ke arah kepala* ,
Tuhan tengok ni *tunjuk ke arah dada* . "
Ayat ni ,
Pakcik kantin aku penah cakap ngan aku, serupa, sebijik, sejiban.
Dia mimpi pasal nabi Khidir kot ,
Nabi Khidir pesan ,

"Tuhan tak tengok ni *tunjuk ke arah kepala* ,
Tuhan tengok ni *tunjuk ke arah dada* . "

Eh tapi betullah ,
orang zaman skarang mmg b'sifat materialistik,
aku pon kadang kadang materialistik ,
hahaha otak aku dah tercemar ~.~

Khairah said...

sejiban ._."

ha ha *same je materialistiknye*

muhasabah diri la deyy~