takkan le slamenye kite nk berkepit
eventually we'll be on ourselves.
kau ade hidup kau
aku ade hidup aku
bukan selamanya aku boleh tolong
perhaps im not even helping,
im sorry for that.
im sorry for that.
kawan ;
kadang2 kita perlu korbankan diri kita untuk org lain
ni bukan soal suka hati
ni soal amanah
amanah yang diberi Allah
pernah kau terfikir
kenapa kau sorang yang terpilih ?
pernah kau terfikir
pernah kau terfikir
kenapa Allah pilih kau?
tak pernah terfikir ke
tak pernah terfikir ke
sebab Allah lebih mengetahui ?
"laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
kawan ;
tidakkah kau percaya pada janji-Nya
janji yang tidak pernah, dan tidak mungkin dimungkiri
janji-Nya, yang termaktub dalam al-Kitab
tidakkah kau beriman pada rukun iman ke-enam
beriman kepada qada' dan qadar
kerana kesemua yang terjadi ini
adalah suratan takdir daripada-Nya
"maka janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah
kerana sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat-Nya
melainkan kaum yang kafir"
kerana sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat-Nya
melainkan kaum yang kafir"
andai kau berfikir
andai kau memahami
andai kau mengetahui
andai kau buka hatimu
duhai sahabat ;
kuatkanlah hatimu
jangan biar dirimu tertipu oleh keindahan dunia
fatamorgana yang tidak pernah kekal
tekadkan dalam hatimu
destinasi abadi
itu
akhirat yang pasti
adalah amanah dirimu sahabatku..
malah amanah kita semua
menjadi khalifah di bumi Allah ini..
andai semua manusia mengerti
apakah tujuan mereka dicipta
tiadalah berlaku kerosakan di muka bumi ini
apakah kau sudah bersedia..
jangan lemas sahabatku
jangan tertipu
jangan lemah
jangan pernah kau terfikir untuk berputus asa
kerana kita tak akan pernah mendahului nasib!
bertawakkallah pada-Nya
Dia takkan pernah menyalahi janji-janji-Nya
yakinlah pada yang Maha Esa, pada kasih-sayang-Nya, pada rahmat-Nya!
sahabat ;
kau ade kami.
kau ade kami.
No comments:
Post a Comment