biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Friday, July 31, 2009

Rintihan hati seorang hamba yang hina..

"Kalau kita dah dapat kasih sayang Tuhan, dunia ni dah tak ada nilai, dan saat itu baru kita dapat rasa kebahagiaan yang sebenarnya."

Alangkah indahnya hidup berkasih dengan Allah, Tuhan pencipta seluruh alam. Aku memang nak, nak sangat-sangat rasa mcm mana bercinta dengan Allah.

Tapi apa yg aku buat selama ni, cuma dpt menjauhkan diri dengan Allah. Allah Ya Rabbi.. dosa aku menggunung. Tapi seolah-olah jiwa raga ni bersatu hati dengan dosa. Aku selalu berfikir, bolehkah aku, seorang yang hina-dina, mendapatkan cinta Allah? Terlalu mustahil rasanya. Iman pun selalu goyah. Jiwa yang terlalu mencintai dunia, yang takutkan kematian, sedangkan kematian itu pasti.

Aku takut akan seksa kubur, yang akan dihadapi seorang diri, tanpa teman, jika diri tidak beramal. Aku ingin amalan yang aku perbuat selama ini menjadi pemuda yang gagah! Datang melindungiku dari segala ancaman kubur. Aku takut dihisab, andai kata mizanku berat di sebelah kiri, maka binasalah aku. Na'udzubillah! Aku tidak mahu dicampakkan persis kain buruk ke dalam neraka jahannam. Aku takut menerima kitab amalanku dari sebelah kiri.. yang pastinya membawa aku tercampak ke dalam api neraka. Ya Allah Ya Rabbi!! Aku tidak sanggup menghadapi seksaan-Mu yang maha dahsyat di dalam api neraka jahannam Ya Allah.. Jauhkanlah aku dari neraka-Mu Ya Allah.. Jauhkanlah aku ya Allah..

Ya Allah.. aku tidak sanggup, aku tidak rela dicampakkan ke dalam neraka-Mu.. Namun aku tidak layak ke syurga-Mu yang Kau janjikan kepada hamba-hambaMu yang beramal soleh.. yang telah Kau janjikan kepada pencinta-pencintaMu.. Yang telah Kau janjikan pada para shuhada'.. Ya Allah.. aku ingin sekali melangkah ke dalam syurgaMu.. namun aku tidak layak ya Allah.. aku tidak layak.... dosaku menggunung.. terlalu sedikit aku bersyukur ya Allah...


Ya Allah..
Pintu taubatMu sentiasa terbuka..


Engkau yang Maha Mendengar... Engkau mendengar seluruh rintihan hati yang hina dina ini.. Ya Allah.. Berikanku cahaya ya Allah.. Berikanku hidayah ya Allah.. Tunjukkan aku sinar hidayahMu yang gilang-gemilang ya Allah..!!

Ya Allah..
Aku memohon padaMu ya Allah..

Kurniakan aku.. walau secebis cahayaMu ya Allah..


Aku ingin merasai.. cintaMu yang Maha Agung Ya Allah!

No comments: