biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Saturday, May 9, 2009

Sekian lama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Aku muncul lagi! Hip hip hoye~. Hip hip hoye~! Lame x update blog yg da berhabuk lagi berkarat lagi berkulat ni haa. Kesian pulak blog ni. Jadi aku pun berusaha untuk mengupdate jugak walau x sberape pun. Huu.

Kekadang aku tgk kan, byk jenis org kat atas bumi Allah ni rupenye. Yang tu baik, yang tu jahat. Yang tu pelik, yang tu klakar. Yang tu sensitif, yang tu takde perasaan. Aku taktau la plak aku ni golongan mane. Ntah la.

Kita hidup dalam satu komuniti. Kita dikelilingi oleh pelbagai jenis manusia. Dan dalam hidup ni, pelbagai jenis kata2 juga terbit dari mulut orang. Ada yang bermanfaat, ada yang memburukkan orang lain. Dan kita biasanya kisah dengan ape2 yg dikata org. Betul? Desho? Dayo ne?

Apabila kita yakin mende yang kita buat tu tak menyalahi undang2 Islam, tak menyalahi prinsip hubungan dengan Allah dan manusia, teruskan! Pedulikan kata2 orang. Kita hidup berhadapan dgn beribu orang. kalau ada 1000 orang di sekeliling kita, takkan kita nak puaskan hati semua 1000 org tu? Pernah dengar cerita Luqman al-Hakim?

Suatu ketika Lukman Al-Hakim mengembara bersama anaknya. Ceritanya mereka menunggang di atas seekor kaldai. Sesampai di sebuah kampung, orang ramai memandang ke arah mereka dengan memberi banyak komen. Antaranya ada yang berkata “Apalah zalimnya manusia ini. Orangnya dua orang, keldainya seekor. "Tak berhati perut betul.”

Mereka pun meneruskan perjalanan dengan ayah menunggang sementara anak berjalan beriring dengan kaldai. Sampai pula di kampung lain mereka lalu di hadapan orang ramai. Maka kedengaran komen mereka “Apalah punya ayah, biarkan anak penat berjalan. Dia sedap-sedap aja di atas kaldai”

Mereka pun meneruska perjalanan dengan anak menunggang sementara ayah berjalan beriring dengan keldai. Sampai pula di kampung lain mereka lalu di hadapan orang ramai.Maka kedengaran komentar mereka “Apalah punya anak, biarkan ayah penat berjalan. Dia sedap-sedap aja di atas keldai”

Mereka pun meneruskan perjalanan dengan tidak menungang keldai itu. Maka kedengaran komentar mereka “Apalah punya bodoh orang itu, ada kenderaan tak digunakan”. Mereka pun beredar dengan mengikat kaki keldai itu dan memikul dengan sebatang kayu. Dari jauh lagi orang sebuah kampung itu bersorak “Lihat semua itu orang gila, ha! ha! ha!."

Jadi Lukman Al-Hakim pun berpesan kepada anaknya.

“Wahai anakku, hendaklah kita mempunyai ilmu yang cukup dan mempunyai pendirian yang teguh dengan tidak terpengaruh dengan pendapat orang lain. Jika tidak kamu akan menjadi orang yang kecewa dan rugi.”

Jadi kesimpulannya seperti yang boleh kita dapati drpd nasihat Luqman kepada anaknya.

Lain pula ceritanya pada mereka yang melakukan salah. Andai terdapat teguran dari orang, renung2kanlah. Jangan dikeraskan hati untuk mendengar nasihat dari orang. Mana tahu boleh kita tingkatkan lagi diri kita ni? Bermuhasabah dirilah. Tiada insan yang sempurna. Cuma Rasul junjungan kita yang ma'sum, terpelihara dari sebarang dosa. Tu pun baginda x abaikan hubungannya dgn Allah, baginda tetap bersyukur sangat,sangat,sangat pada Allah. Kita manusia biasa ni apatah lagi. Cubalah lembutkan hatimu. Bukakan hatimu. Insya-Allah, hidup selepas ini akan terus bermakna.

Dan jangan pula menganggap kita ni dah sempurna sehingga terasa berhak untuk memperlekeh orang. No no no. Tu bahaya. Adakah anda termasuk golongan ini? Cepat2 ubah diri anda. Kita bukan siapa2 untuk menghukum orang lain. Hanya Allah yang berhak. Rasa dah baik sangat ke? Nak makan daging saudara sendiri? Hm?

Huahuah. Byk pulak bebel. Okelah. Tu jer.
Adieu.

Wassalam.
-Pujah.
--ape angin aku ni?

No comments: