biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Friday, March 13, 2009

Cahaya Ilahi


Aku berjalan di jalan yang gelita
Mencari-cari cahaya
Apakah aku dapat keluar dari kepompong ini?
Atau aku tewas di sini?
Dadaku makin sesak
Hatiku penuh berharap
Mataku masih meliar mencari cahaya

Aku menggenggam tangan dan jari-jemariku yang berpeluh
Hatiku berdebar-debar memikirkan hari kemudian
Apakah aku berjaya atau sebaliknya?
Pantas aku berjalan dan berjalan
Mencari arah tujuku
Di tempat yang gelita telah banyak aku sakiti

Hatiku pedih
Jiwaku sesak
Semangatku rapuh dan mulai retak
Kekuatanku kian melayang
Menjauh daripadaku
Namun cahaya yang kucari tak kunjung tiba

Suatu hari
Aku bertemu cahaya malap
Aku gembira menemukannya
Pada dia aku luahkan
Sakitku, tangisku dia terima dengan baik
Aku gembira dengan cahaya itu
Bagiku dialah tempat mengadu
Dialah yang terbaik

Namun cahaya itu kian pudar
Dan hilang dari pandanganku
Aku menangis
Apa yang kucari selama ini telah lenyap
Die meninggalkan aku sendirian disini
Terkapai-kapai, teraba-raba mencari arah
Pada saat itu aku merasa aku tidak berguna
Tak berguna pada siapa pun
Aku adalah aku
Keseorangan
Kutangisi nasibku, hatiku yang kotor, jiwaku yang jahat
Tiada siapa peduli, tiada siapa mendengar

Tiba-tiba aku tersedar
Seolah-olah baru terbangun dari lena yang panjang
Ya, sejak dari mula aku tersesak di sini
Terdapat satu cahaya gemilang sering melihatku
Mendengar rintihanku, tangisku dan sakitku
Aku mendongak ke atas
Namun aku malu, malu pada cahaya itu
Hatiku kotor bagaimana bisaku meminta?
Dosaku banyak bagaimana bisaku merayu??
Anggapanku salah
Dia maha pemaaf, maha pengampun
Pada bibirku terukir selingkar senyuman
Senyuman yang telah lama aku tinggalkan
Dia mengampuniku, menghilangkan sakitku dan membaiki hatiku

Baru kini aku sedar
Bahawa aku disayangi
Bahawa aku dikasihi
Bahawa aku dihargai
Tuhanku suburkanlah hatiku dengan cinta-Mu
Cinta yang tiada akhirnya
Tuhanku, kurniakanlah padaku cahaya walau sedikit.

No comments: