biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Friday, September 26, 2008

'Idul Fitri

'Idul Fitri. 'Idul Fitri bermaksud 'Idul ('Aada, Ya'uudu) kembali dan Fitri bermaksud fitrah. Jadi 'Idul Fitri ni bermaksud kembali kepada fitrah manusia biasa iaitu makan minum korek hidung dan sebagainya.

RAMADHAN MASIH BELUM PERGI!

Ya! Ramadhan masih belum berlalu. Sesungguhnya anehlah mereka yang apabila berlalunya Ramadhan namun dosanya tidak diampunkan. Persoalannya yang ingin saya ketengahkan, adakah kita sedang merebut peluang bahagian 1/3 Ramadhan terakhir, bahagian 'bebas dari neraka' (permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan, penutupnya bebas dari neraka), iaitu 10 malam terakhir, di mana terselit malam yang lebih baik daripada seribu bulan, Malam Lailatul Qadar, yang menyamai 83 tahun 4 bulan?? Apakah kita sedang merebutnya?

ANEHNYA! Di Malaysia, umat Islam sibuk membeli belah demi menyambut hari 'Idul Fitri, yakni hari kita kembali kepada fitrah. Sibuk menyiapkan persediaan untuk lebaran ini. Tidak salah. Namun sanggupkah kita mensia-siakan peluang yang diberi Allah? BAYANGKAN! Demi 'Idul Fitri nan sehari(mungkin seminggu) kita sanggup mengabaikan malam yang lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan?

Jadi sebelum berlalunya Ramadhan penuh rahmat ini.. Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri.. Tingkatkan lagi amal ibadat.. mohonlah keampunan daripada Allah..
"Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.."


Di kesempatan ini, sebelum saya balik kampung, saya memohon berjuta-juta kemaafan terutama kepada sepupu tercinta, Anis.. Padan muka xleh balik kampung!

Akhir sekali, carilah malam yang penuh keberkatan itu... Malam Lailatul Qadr..
"Inna anzalnahu fi lailatil qadr (1) Wa ma adraka ma lailatul qadr (2) Lailatul qadri khairun min alfi shahr(3) Tanazzalul malaaikatu war ruuhu fihaa bi idzni rabbihim min kulli amr (4) Salamun hia hatta matla'il fajr (5)"

Selamat mencari Malam Lailatul Qadar dan selamat hari raya 'Idil Fitri.

Pujah.
Mencari layar keinsafan..

1 comment:

Anonymous said...

oi oi!
aku balik pas raya haji ok.
mana ada x balek.
cuih !