biar terasa berat tapi di hujungnya ketenangan dan damai..

Saturday, April 26, 2008

Novel : Tautan Hati


Novel :Tautan Hati
Pengarang : Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Penerbit : Telaga Biru


Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh


Puas kurayu, puas kuseru,
Jawapanmu tetap yang dulu.
Oh Sukarnya mengajakmu!
Namun kasihku padamu cukup padu,
Lantaran itu,
Aku kan terus menyerumu,
Pada yang Satu
Kugenggam kukuh satu azimat,
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum"
Ya Allah, kuharap bantuanMu mengiringiku
Seru dan terus menyeru,
Itu tugas RasulMu,
Akan kuteruskan semampuku,
Hingga ke hujung waktu.


(petikan dari novel Tautan Hati)


Terharu diri ini dikala membaca novel penuh bermakna ini. Sebuah kisah yang menceritakan Asiah Yusra, penuntut Universiti Islam Antarabangsa, seorang da'ie(pendakwah) yang berjiwa kental, berusaha dengan penuh hikmah, tidak mengenal penat lelah, dan penuh kasih kepada mad'u-mad'unya(orang yang didakwah) semata-mata kerana-Nya. Dari situ dia mengenal pelbagai ragam dan kesusahan hidup insan. Dikuatkan ukhuwah lillahi Taala. Mengenal tentang keluarga yang berpecah belah. Tentang cinta remaja yang mengikut nafsu semata. Tentang kerdilnya diri jika berhadapan dengan-Nya. Tentang maha besarnya kasih-sayang-Nya. Tentang berkasih-sayang kerana Ilahi. Tentang ketabahan menghadapi hidup.

Sangat disyorkan.

No comments: